PELAKON cantik Fathia Latiff
mendedahkan dirinya pernah mengalami kemurungan teruk kerana dikecam dan
dicaci.
Perasaan
terbabit muncul selepas Fathia menujukkan sokongan terhadap Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sebelum ini.
"Saya
bersyukur apabila keperitan yang dilalui sudah berakhir dan berharap tiada
sesiapa yang akan melalui pengalaman yang sama. "Saya pernah alami
kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu
orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya.
"Luahan
saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun
Mahathir. Saya tidak berniat untuk memasuki dunia politik pun," katanya.
Tambah
Fathia, dia percaya semua perkara yang terjadi ada sebabnya.
"Saya
percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulillah, Allah membantu dan
keluarga pun beri sokongan.
"Saya
berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti
saya," katanya lagi.
Sebelum
ini, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat dan sokongan kepada Tun
Mahathir yang ketika itu memihak kepada pembangkang.
Pilihan
Raya Umum ke-14 menyaksikan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun M mengambil
alih tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah.
Sumber: mStar
Susunan: Kamaruddin Razal


